Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bergaya, eksklusif dan menawan

    KUALA LUMPUR – Terletak di taman persendirian dengan persekitaran tenang dan hijau, Sentul Pavilion di Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kepada koleksi Dior Cruise 2024 dan Kafe Dior.

    Sehingga 29 November lalu, lokasi eksklusif itu telah berubah menjadi tumpuan pencinta fesyen, menganjurkan pertunjukan khusus koleksi jenama Cruise 2024, yang menerima inspirasi daripada Mexico.

    Koleksi itu memberikan penghormatan kepada negara melalui modulasi emosi dan warna-warna lembut pastel pakaian sedia untuk dipakai, kasut dan aksesori, serta semangat inovatif studio untuk koleksi beg tangan.

    Memaparkan ciri-ciri kewanitaan yang dibina oleh hubungan dengan alam semula jadi, koleksi itu menampilkan corak rama-rama di seluruh dunia dalam karya kreatif yang difikirkan oleh Maria Grazia Chiuri.

    Satu pengiktirafan kepada keindahan dan kehalusan seni, ciptaan luar biasa ini boleh ditemui di rumah kaca bergaya Sentul Pavilion – latar belakang semula jadi yang sempurna untuk pameran.

    Sepanjang tempoh persembahan, Kafe Dior juga akan menyajikan tetamu dengan pengalaman menjamu selera yang istimewa, dilengkapi dengan perkhidmatan mesra yang ditawarkan oleh kafe tersebut.

    Menu eksklusif yang disusun oleh cef terkenal, Raymond Tham akan menawarkan setiap tetamu pilihan makanan yang lazat sambil menikmati persekitaran semula jadi yang indah serta koleksi fesyen Dior yang dipamerkan. – ANN/The Star

    GAMBAR ANN/THE STAR
    GAMBAR ANN/THE STAR
    Antara koleksi Dior Cruise 2024 yang dipamerkan di Sentul Pavilion dan Kafe Dior. – GAMBAR ANN/THE STAR
    GAMBAR ANN/THE STAR
    Gambar ANN/The STAR
    GAMBAR ANN/THE STAR
    GAMBAR ANN/THE STAR

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda