PANTAI OCEAN, 23 SEPT – Penyelamat Australia hari ini bergelut untuk mengapungkan semula paus pandu terakhir yang masih hidup daripada kejadian terdampar besar-besaran yang telah membunuh hampir 200 haiwan itu di pantai Tasmania.
Kurang daripada 10 mamalia itu masih hidup di Pantai Ocean, Tasmania, menurut perkhidmatan hidupan liar negeri.
Kira-kira 30 ekor haiwan itu dilepaskan ke laut pada Khamis namun sebahagiannya kembali terdampar, kata Brendon Clark, pengawal insiden di Perkhidmatan Taman dan Hidupan Liar Tasmania. – AFP
