Dalam era pendigitalan ini, saya berasa bimbang mengenai kesan berpotensi yang timbul apabila ibu bapa berkongsi kenangan menjadi ibu bapa di media sosial.
Saya mempunyai beberapa kawan di media sosial yang telah menjadi ibu bapa dalam beberapa tahun ini, dan dengan rasa gembira saya mengikuti perjalanan mereka menerusi gambar dan video.
Bagaimanapun, juga membimbangkan bahawa sesetengah gambar di ‘feeds’ muncul, menggambarkan anak-anak kawan saya dalam bilik mandi juga. Saya membuat laporan tanpa nama kepada pentadbir laman web media sosial meminta gambar tersebut dikeluarkan kerana melanggar standard kesopanan komuniti. Saya mesti mengemukakan soalan kepada ibu bapa: adakah kamu memikirkan siapa yang boleh melihat gambar dan video berkenaan? Walaupun akaun anda adalah persendirian, adakah anda mempercayai semua orang dalam senarai kawan anda yang tidak mempunyai akses terhad?
Pernahkah anda memikirkan tentang kesan dan akibatnya jika gambar berkenaan disimpan, dikongsi dan disalah guna oleh pemerhati tanpa nama? Adakah anda fikir anak anda ingin anda berkongsi aspek kehidupan sedemikian jika mereka sudah dewasa dan mampu bersuara untuk diri mereka?
Tolong faham situasi tersebut. Saya bersimpati anda hanya mahu berkongsi kenangan menjadi ibu bapa bersama kawan dan niat anda adalah ikhlas. Dalam budaya kita, sentiasa menanamkan sayang pada keluarga, dan anda telah mengambil langkah berani untuk menjadi ibu bapa. Bagaimanapun, ia merupakan satu hakikat dikesali bahawa bukan semua orang di internet mempunyai niat yang baik dan boleh dipercayai.
Anda tidak akan berkongsi atau menunjukkan aspek kehidupan anda yang paling berharga untuk dilihat oleh seluruh dunia; begitu juga, orang awam tidak layak mempunyai akses kepada semua aspek kehidupan anak anda, terutamanya gambar dalam bilik mandi.
Anak anda berhak menerima kasih sayang dan keprihatinan anda terhadap keselamatan dan privasi online mereka. – Warga Brunei yang khuatir