Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berhati-hati di Jambatan SHOAS, penyelenggaraan CCTV dilaksanakan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MAC – Orang ramai khususnya pengguna Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) disarankan untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi had laju yang dibenarkan semasa kerja-kerja penyelenggaraan kamera CCTV di jambatan berkenaan dilaksanakan pada hari ini hingga 8 Mac bermula pukul 8 pagi hingga pukul 5:30 petang.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan, di sini, kerja-kerja penyelenggaraan kamera CCTV akan dilaksanakan di beberapa lokasi di Jambatan SHOAS iaitu hala Temburong dan hala Kota Batu.

    JKR menyatakan lagi bahawa jalan lencongan disediakan dan para pengguna jambatan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi had laju yang dibenarkan.

    Gambar fail Jambatan SHOAS pada awal pembukaannya. Pengguna Jambatan SHOAS disarankan untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi had laju yang dibenarkan semasa kerja-kerja penyelenggaraan kamera CCTV di jambatan berkenaan dilaksanakan bermula esok.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda