KUANTAN, 16 Ogos – Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya berhati-hati dan meneliti tawaran menyertai ibadat korban di luar negara supaya tidak ditipu. Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) Salkukhairi Abd Sukor berkata tindakan itu bagi mengelakkan mereka ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan terhadap umat Islam yang mencari peluang untuk menunaikan