Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berhati-hati ketika hujan, banjir

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Orang ramai yang tinggal di kawasan terjejas dan dilanda banjir, dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah berwaspada bagi mencegah dan menghindari sebarang kemalangan, kecederaan dan kemungkinan berlakunya penyakit-penyakit bawaan makanan dan air seperti kolera, cirit-birit, keracunan makanan dan penyakit-penyakit bawaan vektor seperti demam denggi dan sebagainya.

    Nasihat itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan hari ini berikutan kejadian hujan lebat dan banjir di sebahagian tempat pada masa ini.

    Kementerian Kesihatan turut menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil semasa dan selepas berlakunya banjir termasuklah memastikan bekalan air adalah bersih dan tidak tercemar, memastikan air minum dimasak terlebih dahulu atau meminum air botol, memasak semua makanan dengan sempurna, mengutamakan kebersihan diri khususnya membasuh tangan dengan air bersih dan sabun selepas menggunakan tandas, menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal dan kawasan yang berdekatan dan tidak membuang sampah merata-rata serta memastikan saliran air tidak tersumbat oleh sampah-sarap, lumpur dan dahan serta pokok.

    Orang ramai disarankan mendapatkan rawatan jika mengalami penyakit seperti demam panas, sakit perut, cirit-birit, muntah dan lain-lain, mengutamakan keselamatan bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini, mengelakkan daripada menyentuh dawai eletrik yang jatuh dalam air dan mereka yang mempunyai luka-luka dan penyakit kulit atau kencing manis elakkan terkena air banjir yang kotor bagi menghindari jangkitan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda