Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berhati-hati semasa lalui Jambatan SHOAS

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JUN – Orang ramai khususnya pengguna Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) disarankan untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi had laju yang dibenarkan semasa kerja-kerja pembersihan pagar jambatan yang dilaksanakan bermula hari ini hingga 7 Jun.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, di sini, kerja-kerja pembersihan dari pukul 7:30 pagi hingga 5 petang itu akan dilaksanakan di KM T4.4 sehingga KM T0.1-hala Temburong dan jalan lencongan akan disediakan untuk para pengguna.

    Peta menunjukkan lokasi kerja-kerja pembersihan pagar Jambatan SHOAS yang bermula kelmarin hingga 7 Jun. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda