Dwayne ‘The Rock’ Johnson, salah seorang superstar WWE yang terkenal mengatakan berhenti bergusti kerana berlakon di dalam filem pada tahun 2004, itu adalah suatu perkara yang sulit.
Sekarang, pelakon itu telah mengakui bahawa berhenti bergusti merupakan ‘risiko terbesar’ dalam hidupnya.
Pelakon itu meluahkan perkara tersebut dalam catatan di instagram yang berbunyi, “Mengundurkan diri daripada @wwe ketika saya berumur 32 tahun adalah risiko terbesar dalam hidup saya.”
Dalam video lain, dia berkata, “Besar kemungkinan, saya mungkin berdepan kegagalan kerana ia berlawanan dengan Hollywood, terutama dalam keadaan tertentu.”
Bercakap mengenai pertukaran kariernya, dia berkata, “Saya merasa, pada usia 32 tahun, karier Hollywood saya baru bermula.
“Sekiranya saya boleh pergi dan bersara secara senyap-senyap, sukar bagi orang untuk menerimanya jika saya boleh pergi dan berjaya di luar WWE.
Maksud saya, saya mahukan kejayaan global, pengaruh global dengan cara yang sangat nyata dan hebat, itulah tujuan saya,” ujarnya.
Pelakon itu kembali ke WWE beberapa kali dan mengatakan bahawa dia selalu merancang untuk melakukannya.
“Sekiranya saya dapat kembali ke WWE, tetapi kali ini sebagai entiti global, saya dapat membantu membawa nilai yang lebih besar kepada syarikat WWE dan membawa nilai yang lebih besar ke bilik ganti, lelaki dan wanita yang berkorban dan memberikan komitmen yang tinggi terhadap perniagaan ini.
“Saya fikir jika saya dapat kembali sebagai aset yang lebih besar, ia akan membuahkan hasil dengan banyak cara, itu adalah matlamat jangka panjang yang saya miliki.– Agensi