BERHIBUR dan bergelak ketawa dengan sebuah telefilem khas AIdilfitri, Huru-Hara Raya yang diarahkan oleh Yeop Hitler dan diterbitkan oleh Arie Zaharie Production.
Membariskan pelakon popular seperti Kamal Adli, Zara Zya, Shamsul Ghau Ghau, Zarina Zainuddin, Kartina Aziz dan Hilal Azman setentunya menjadikan ia sebagai salah satu hiburan terbaik di Aidilfitri ini.
Telefilem ini mengisahkan mengenai gelagat lucu sebuah keluarga di Pulau Pinang, Puan Mona dan Encik Rashid yang mengusahakan perniagaan sendiri.
Puan Mona menjual biskut raya manakala Encik Rashid pula menjual baju tradisional secara di atas talian.
Pada masa yang sama, mereka berdua sedang sibuk membuat persiapan untuk perkahwinan anak mereka, Faizal.

Huru hara bermula apabila mereka tidak dapat menentukan apa yang perlu diutamakan termasuk bertemu dengan bakal mertua yang garang.
Namun, Faizal dapat mengatasi segala rintangan dan selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Ayu pada Hari Raya Keempat.
Justeru, sekiranya anda ingin berhibur sambil bergelak ketawa bersama keluarga jangan terlepas untuk menonton Huru Hara Raya yang disiarkan di saluran TV3 jam 2.00 petang pada Hari Raya Pertama nanti.