Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berhibur sambil bersedekah untuk mangsa gempa bumi

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Sebagai usaha mengutip dana bagi Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Turkiye dan Syria, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
    Negara Brunei Darussalam menerusi Badan Bertindak Bantuan Kemanusiaan Bulan Sabit Merah Negara Brunei Darussalam akan menganjurkan karnival amal pada 5 Mac ini.

    Diadakan di Tingkat Satu, Kompleks Annajat, Beribi, karnival berkenaan akan mempamerkan dan menjual pelbagai aneka barangan, makanan dan minuman di samping pelbagai aktiviti sebagai pengisian karnival berkenaan yang boleh disertai oleh orang ramai.

    Antara aktiviti yang akan diadakan termasuk pertan-dingan mewarna dengan hadiah menarik tajaan dan sumbangan McDonald’s

    Brunei, Cookies untuk Sadaqah, persembahan tausyeh dan pelbagai lagi acara menarik untuk disertai sambil bersedekah.

    Karnival berkenaan bakal diadakan dengan kebenaran daripada Urusetia Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria.

    Peniaga dan pengusaha tempatan yang berminat untuk menyertai karnival berkenaan boleh menghubungi Dayang Fatin Nurina di talian 8189704.

    Semua kutipan serta hasil daripada karnival tersebut akan disumbangkan sepenuhnya kepada tabung kemanusiaan berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda