PERASAN atau tidak, hakikatnya masyarakat kita kini telah terperangkap dalam fenomena suka berhutang yang kurang sihat, tetapi dianggap sebagai sihat oleh mereka. Mutakhir ini kita dapat melihat betapa masyarakat kita sangat ghairah berhutang dalam mendapatkan barang keperluan dan perkara yang mereka hajati. Berhutang pada setengah orang telah menjadi satu budaya yang dianggap sihat khususnya dalam