Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beri dua anak air gula, kopi O ganti susu

    GEORGE TOWN, 30 APRIL – Demi memastikan dua anaknya tidak kelaparan, seorang ibu terpaksa membancuh air gula dan kopi O untuk menggantikan susu kerana tidak mampu selepas hilang punca pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    K. Mageswari, 31, berkata, beliau kehilangan punca pendapatan RM600 sebulan selepas kedai makan tempatnya bekerja tidak beroperasi bagi mematuhi arahan PKP.

    Beliau berkata pendapatan sebagai pencuci pinggan mangkuk itu digunakan untuk membayar sewa rumah seba-nyak RM100, bil air dan elektrik serta belanja harian.

    “Sejak PKP, saya sudah tidak bekerja dan hanya bergantung pada Bantuan Prihatin Nasional (BPN) RM1,600 yang diberikan kerajaan. Nasib baik kerajaan ada beri bantuan, kalau tidak saya tidak tahu macam mana nak meneruskan kelangsungan hidup. Dengan duit bantuan ini saya guna sikit untuk membeli lampin dan susu anak.

    “Tapi sejak seminggu lepas, susu anak sudah habis dan saya pun tidak mampu membelinya kerana wang yang ada semakin menyusut. Saya terpaksa bancuh air gula dan kopi O serta nasi berlaukkan telur goreng untuk anak-anak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Flat Taman Free School, di sini, hari ini. – Bernama

    K. Mageswari, 31, menyusukan anaknya G. Racheal, 2, (dipangku) dengan air manis dan seorang lagi anaknya, G. Keashav, 5, dengan kopi kosong berikutan tiada wang untuk membeli susu bagi kedua-dua anaknya. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda