Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beri kerjasama ingatkan pelancong ikut peraturan imigresen

    TAWAU, 29 DIS – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah meminta kerjasama semua pihak termasuk syarikat penerbangan, agensi pelancongan  serta pihak Kedutaan China agar memberi peringatan kepada pelawat dari negara itu supaya mematuhi peraturan imigresen di negara ini.

    Pengarahnya, Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin berkata perkara itu antara lain bagi menangani isu pelancong China bolos dari pemeriksaan dokumen di kaunter imigresen.

    “Jabatan Imigresen Negeri Sabah bersama Malaysia Airports Holdings  Berhad (MAHB) dan Lembaga Pelancongan Sabah juga  mengambil langkah proaktif dengan meletakkan peringatan dalam Bahasa Mandarin  di pelbagai sudut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

    Di samping, membuat pengumuman siaraya dalam Bahasa Mandarin di KKIA untuk mencegah pembolosan sedemikian dari terus berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

    Semalam, Mahkamah Sesyen Tawau menjatuhkan hukuman penjara 18 hari terhadap empat wanita warga China selepas mengaku salah kerana gagal melapor diri ke kaunter imigresen setelah memasuki negara ini.

    Hukuman itu berkuatkuasa daripada tarikh kesemua wanita itu ditahan pada 10 Disember lepas. Menurut Muhamad Sade, kesemua wanita itu memasuki Sabah dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH395 dari Shanghai, China ke Kota Kinabalu pada 4 Disember lepas, pukul 6:15 pagi. – Bernama

    Pelancong China dan India yang melancong ke negara ini dilihat bergambar di Dataran Merdeka ketika tinjauan fotoBernama. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah meminta kerjasama semua pihak agar memberi peringatan kepada pelawat supaya mematuhi peraturan imigresen di negara ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda