Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beri kesedaran mengenai kebersihan

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 23 SEPT – Seramai 60 orang penuntut Tahun 3 Sekolah St John telah menyertai Program Kesedaran Mengenai Kebersihan yang diadakan di dewan serba guna sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Program dikendalikan oleh pegawai kanan dan kakitangan dari Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria (JBKBS), di mana mereka membentangkan mengenai kepentingan kebersihan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh murid-murid bagi memastikan ia kekal dijaga bagi manfaat semua.

    Program turut diisikan dengan aktiviti mewarna, perbincangan mengenai topik yang dibentangkan semasa program, dan penyerahan hadiah kepada murid-murid bagi lukisan terbaik pada penghujung acara.

    Selain itu, pihak sekolah juga menyampaikan penghargaan kepada wakil JBKBS atas sokongan mereka mengendalikan program di sekolah tersebut.

    Para pelajar dan guru serta kakitangan sekolah bergambar ramai pada program itu. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH ST JOHN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda