BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Nov – Belia adalah segmen masyarakat yang sangat penting bagi negara untuk menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain dan memelihara apa sahaja yang sudah diamalkan atau didirikan di Negara Brunei Darussalam.
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof menekankan perkara ini ketika ditemu bual di Majlis Resepsi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan Peserta Program Pertukaran Belia Republik Korea di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), hari ini.
Yang Berhormat Pehin berpendapat bahawa belia dari Brunei dan Korea, dapat memperolehi manfaat daripada program pertukaran belia berkenaan.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)