INDONESIA, 28 JUN – Pasangan suami isteri dari Jawa Barat, Indonesia telah memilih nama unik iaitu Google untuk anak damit lelaki mereka yang kini sudah pun berusia tujuh bulan.
Menurut laman sesawang Kompas, ayah budak itu, Andi Cahya Saputra, nama yang berkaitan teknologi terlintas di fikirannya apabila usia kandungan isterinya, Ella Karina mencecah tujuh bulan.
Pada awalnya nama yang dipilih Andi Cahya Saputra untuk anaknya itu ialah Albar Dirgantara Putera, bagaimanapun, dia mengalami kesukaran untuk mengecilkan skop nama itu daripada senarai nama pilihannya yang panjang sehingga hampir ke saat anak damit lelakinya dilahirkan.
Walaupun nama yang dipilihnya itu mendapat tentangan ahli keluarganya yang lain, dia tetap bertegas yang nama itu mempunyai erti makna yang hebat dan berharap anaknya itu dapat membantu orang ramai serta menjadi insan berguna kepada masyarakat. – Agensi