Wednesday, January 8, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Beri ruang selesai kemelut’

    Ketika berlegar kisah pelakon dan penyanyi, Nelissa Nizam yang mendakwa dirinya membesar dalam suasana penuh penyiksaan, ibunya, Ayu Manaf tampil meleraikan segala spekulasi.

    Ayu memberi penjelasan selepas kenyataan anak keduanya itu didakwa mengundang pertanyaan banyak pihak terutama membabitkan ahli keluarga dan kenalan terdekat.

    Kenyataan balas Ayu terhadap dakwaan Nelissa atau nama sebenar, Nelissa Edreena Nizam menjadikan kemelut ‘dalam kain’ dua beranak itu pantas tersebar.

    Rantaian krisis ini juga dilihat masih sukar menemui titik noktah apabila Nelissa mengelak memberi komen secara menyeluruh mengenai apa yang berlaku ketika ditemubual.

    Nelissa berkata, kisah sebenar membabitkan kekeruhan hubungannya dengan ibu hanya dapat dikongsi sekiranya mereka bertentang empat mata.

    Bagaimanapun, Nelissa berkata, usaha ke arah itu bergantung kepada kelapangan waktu ibunya.

    “Saya minta maaf sebab ambil masa lama buat penjelasan. Saya perlu berjumpa ibu dulu. Apapun, dia adalah ibu saya, jadi memang saya kena bertemunya barulah boleh berkongsi apa yang berlaku.

    “Alhamdulillah, saya sudah menghubungi ibu. Keluarga juga banyak membantu, tapi saya perlu tunggu ibu bersedia. Saya pun tidak tahu kelapangan ibu, mungkin dia sibuk.

    “Jadi, saya tunggu dan sudah bercakap dengannya. Dia cakap kalau mahu jumpa, tunggu. Ibu sekarang tengah buat sambal, ada masanya kena balik kampung,” katanya kepada BH Online.

    Mengenai dakwaan Ayu yang mengatakan hubungan bersama anak-anak renggang berpunca daripada perkahwinan baharunya, Nelissa juga memilih untuk tidak memberi komen secara terperinci.

    “Bagi saya, tak perlulah saya komen apa sahaja yang ibu saya katakan. Sebab apapun, dia tetap ibu saya.

    “Saya percaya ramai pernah melalui masalah keluarga. Saya harap dapat berbincang dengan keluarga secara privasi, sama seperti orang lain,” katanya. – Agensi

    Nelissa memilih tidak memberi komen secara terperinci berhubung krisis bersama ibu. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda