Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beriadah sambil beramal

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Lebih 400 orang peserta menyertai acara larian sambil beramal dalam Larian Amal ANTA di bawah Program Happy Environment and Lifestyle (HEAL) yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Acara amal yang diadakan bersempena Bandarku Ceria itu merupakan anjuran ANTA Brunei dengan kerjasama Pusat Promosi Kesihatan (PPK), Kementerian Kesihatan, Pusat Perubatan Gleneagles Jerudong Park (GJPMC) Sdn Bhd dan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan).

    Hadir untuk menyempurnakan pelepasan peserta bagi acara larian sejauh 3 kilometer (km) dan 5km ialah Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

    Majlis dimulakan dengan sesi pemanasan badan, diikuti dengan pelepasan peserta bagi acara larian 5km dan 3km yang bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

    Pada acara berkenaan, sumbangan berjumlah $10,000 berjaya dikumpul bagi Pusat Ehsan di mana cek sumbangan telah disampaikan oleh Pengiran Mohammad Amirrizal diiringi oleh Pengarah ANTA Brunei, Pang Ze Yi dan Ketua Jualan, Pemasaran dan Operasi Pad Motors Sdn Bhd, Ibnu Sharul bin Dato Seri Laila Jasa Haji Ismail kepada Ahli Lembaga Pemegang Amanah Pusat Ehsan, Pengiran Sarimah binti Pengiran Haji Abdul Latiff.

    Pengiran Mohammad Amirrizal menyampaikan sumbangan $10,000 kepada Pengiran Sarimah pada acara tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Antara peserta yang menyertai acara larian amal yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Majlis juga menyaksikan penyampaian cenderahati penghargaan kepada Pad Motors, Jab Gym, imagine Sdn Bhd, Sallima Recyling Works dan BR Patrick serta para penyokong acara amal berkenaan.

    Penganjuran acara berkenaan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu kesihatan dan mempromosikan kecergasan fizikal dalam kalangan peserta. Selain itu, ia juga berhasrat untuk mengumpul dana yang signifikan untuk Pusat Ehsan, sebuah badan amal yang memainkan peranan penting dalam menyokong individu dengan keperluan khas.

    Dengan menderma sebahagian daripada hasil kutipan kepada organisasi berkenaan, ANTA Brunei juga berhasrat untuk menyokong program pendidikan, pemulihan dan meningkatkan kualiti hidup.

    Dengan menggabungkan aktiviti fizikal dengan pemberian amal, Larian Amal ANTA memupuk semangat komuniti dan juga kesejahteraan.

    Dengan adanya aktiviti atau program seperti itu, orang awam diharap dapat membantu pihak Pusat Promosi Kesihatan dan pihak yang berkepentingan dalam sama-sama menangani isu-isu yang berkaitan dengan penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, penyakit jantung, kanser dan sebagainya, dengan mempromosikan amalan gaya hidup yang sihat kepada semua peringkat umur.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda