Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Beriani Johor, zapin dicalon warisan tidak ketara UNESCO

    JOHOR BAHRU, 19 OKT – Kerajaan negeri sedang berusaha mencalonkan sajian beriani Johor dan tarian zapin sebagai Warisan Tidak Ketara di bawah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

    Pengarah Yayasan Warisan Johor (YWJ), Sharil Nizam Abdul Rahim berkata pihaknya yakin kedua-dua warisan negeri itu mampu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh UNESCO bagi mendapatkan pengiktirafan tersebut.

    Bagaimanapun, beliau berkata usaha bagi mewartakan beriani Johor dan tarian zapin perlu melalui pelbagai proses dan peringkat.

    “Syarat dan kriteria di bawah UNESCO untuk mewartakan warisan ini adalah ketat, selain perlu melalui pelbagai proses dan peringkat termasuk membuat pembentangan, mendapatkan bantuan pakar dan sebagainya.

    “Proses ke arah usaha mewartakannya juga akan mengambil masa, mungkin dalam empat hingga lima tahun,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Beriani Johor sebagai Makanan Warisan Johor di sini hari ini.

    Sharil Nizam menjelaskan peranan beriani Johor misalnya, signifikan dengan hubungan sejarah antara Johor dan negara lain seperti India serta Parsi yang dihubungkan menerusi perdagangan rempah ratus dan diplomatik.

    Beliau berkata faktor itu sekali gus mempengaruhi budaya makanan di negeri ini yang berkesinambungan hingga ke hari ini. – Bernama

    Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad (tengah) merasmikan pelancaran beriani Johor sebagai makanan warisan Johor di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Yayasan Warisan Johor kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...