Friday, March 28, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berigakan usaha kerajaan tingkat taraf kehidupan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    TUTONG, 26 OGOS – Seramai 49 orang penduduk Kampung Sengkarai, Kampung Penabai dan Kuala Tutong menyertai Program Masyarakat Ber maklumat yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini, anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri.

    Majlis pembukaan program berkenaan telah diadakan bertempat di Dewan Kemasyarakatan Pekan Tutong, Kampung Serambangun.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Abdul Wahab bin Apong selaku penghulu Mukim Tanjong Maya dan pemangku penghulu Mukim Pekan Tutong.

    Pemangku Pegawai Penerangan Kanan merangkap Ketua Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Dayang Ruhil Amal Faridah binti Yahya dalam ucapan alu-aluannya selaku pengerusi majlis antara lain menjelaskan mengenai program berkenaan yang merupakan landasan bagi Jabatan Penerangan untuk menyampaikan maklumat rasmi mengenai dasar dan maksud kerajaan.

    Hari pertama program kemudiannya diteruskan dengan sesi lawatan dan taklimat di Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei dan Jabatan Adat Istiadat Negara.

    Antara tujuan program berkenaan diadakan adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan memberigakan perkembangan serta usaha-usaha kerajaan dalam meningkatkan taraf kehidupan rakyat di negara ini seperti melalui taklimat-taklimat serta lawatan.

    Selain itu, ia diharap turut dapat meningkat serta mengukuhkan jati diri dan menyuntik semangat dalam terus memberikan kerjasama dalam mendukung aspirasi Negara.

    Dayang Ruhil Amal Faridah ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya pada majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda