Pelakon Korean Selatan, Jo In Sung dikhabarkan bakal berkahwin dengan pelakon serta pengacara, Park Sun Young tidak lama lagi.
Bagaimanapun khabar angin mendakwa Jo In Sung dan Park Sun Young bakal berkahwin menerima bantahan daripada pihak agensi iaitu IOK Company.
Menerusi kenyataan rasmi agensi berkenaan, pihaknya berkata penularan berita tersebut adalah palsu serta tidak benar, kongsi mStar.
Pihak agensi juga mengesahkan pasangan itu tidak menjalinkan hubungan cinta buat masa ini dan berita itu sama sekali tidak masuk akal.
“Kami telah mengesahkan dengan aktor tersebut dan itu sama sekali tidak benar,” kata IOK Company kepada Sports Kyung Hyang.
“Berita perkahwinan itu sama sekali tidak benar dan mereka tidak bercinta pun,” ujar agensi berkenaan. – Agensi


