Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berita kad pengenalan tular tidak benar

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OKT – Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) ingin mengesahkan bahawa penyebaran maklumat yang tular di media sosial mengenai kad pengenalan kepunyaan individu-individu yang dianggap bukan warganegara Brunei Darussalam adalah tidak benar.

    JIPK dalam kenyataannya menjelaskan bahawa melalui rekod sistem kad pengenalan yang ada di jabatan tersebut, kedua-dua kad pengenalan tersebut adalah disahkan masing-masing kepunyaan warganegara Brunei Darussalam dan telah didaftarkan dan dikeluarkan oleh JIPK. Dalam perkara ini, JIPK ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan atau membuat maklumat yang tidak benar atau maklumat yang belum sahih.

    JIPK turut memberi peringatan kepada orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dengan maklumat dan berita yang hendak dikongsikan melalui media sosial terutama yang menyentuh maklumat peribadi.

    JIPK turut menegaskan bahawa penyebaran maklumat yang salah semata-mata untuk mengelirukan orang ramai adalah menjadi kesalahan di bawah Akta Ketenteraman Awam, Penggal 148 (Public Order Act, Cap 148) Seksyen 34 dan boleh dikenakan hukuman denda sehingga $3,000 dan dipenjara sehingga tiga tahun. Orang ramai yang mendapati sebarang maklumat atau aktiviti yang bertentangan dengan akta dan peraturan imigresen, me-reka boleh melaporkan dan menghubungi talian 8734888, 8753888, 8749222 (Bandar Seri Begawan) atau 8984111 (Kuala Belait).

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda