Monday, August 15, 2022
23 C
Brunei

Berizzo jurulatih baharu Chile

-

SANTIAGO, 27 MEI – Eduardo Berizzo dari Argentina telah dilantik menjadi jurulatih baharu pasukan bola sepak kebangsaan Chile, menggantikan jurulatih dari Uruguay, Martin Lasarte menurut pengumuman persekutuan bola sepak negara Amerika Selatan itu kelmarin.

Lasarte membuat keputusan meninggalkan jawatan itu selepas 15 bulan gagal membimbing Chile ke Piala Dunia di Qatar akhir bulan ini.

“Kini kami mempunyai jurulatih baharu iaitu Eduardo Berizzo, yang dikenali ramai dan mempunyai pengalaman antarabangsa yang luas,” kata presiden Persekutuan Bola Sepak Chile, Pablo Milad melalui akaun Twitter persekutuan itu.

Berizzo yang kini berusia 52 tahun sebelum ini adalah sebahagian daripada skuad kejurulatihan Argentina dan kakitangan Chile di bawah kendalian Marcelo Bielsa antara 2007 dan 2010.

Berizzo pernah memenangi 13 penampilan untuk Argentina dan dua kali menjadi sebahagian daripada skuad Copa America negara itu, walaupun dia hanya pernah muncul dalam satu perlawanan.

Dia juga bermain untuk River Plate dan Marseille dalam kerjaya yang membawanya beraksi dari Argentina ke Mexico, Perancis serta Sepanyol.

Berizzo meraih kejayaan besar semasa membimbing Chile, membawa O’Higgins ke gelaran pertama dalam sejarah mereka pada 2013. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Lelaki lepas 5 das tembakan di lapangan terbang ditahan

SYDNEY, 14 OGOS – Seorang lelaki bersenjata melepaskan lima das tembakan di lapangan terbang utama Canberra hari ini, menyebabkan penumpang melarikan diri tetapi tidak...
- Advertisment -