Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Berjaya Food tawar lebih banyak produk berasaskan tumbuhan

    KUALA LUMPUR, 27 OKT – Berjaya Food Bhd (BFood) akan terus menawarkan lebih banyak produk vegan yang inovatif pada masa hadapan, dipacu oleh trend pengambilan makanan berasaskan tumbuhan yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Pengerusi, Datuk Seri Tunku Shazuddin Ariff berkata pengguna dan perniagaan Malaysia yakin mengenai prospek ekonomi negara, dengan pengembangan menyeluruh dilihat merentas industri, permintaan domestik yang mampan dan keadaan pasaran buruh yang bertambah baik.

    “Kami telah melancarkan produk vegan seperti burrito dan taco dari restoran berasaskan tumbuhan kami SALA, aiskrim tanpa tenusu dan telur dari Berjaya Kelava Sdn Bhd serta produk berasaskan soya dari Berjaya Jollibean (M) Sdn Bhd.

    “Selain itu, beberapa jenama sedia ada, seperti Starbucks, telah menambah pilihan berasaskan tumbuhan yang lebih sihat dalam menu mereka,” katanya dalam laporan tahunan 2023 syarikat itu.

    Tunku Shazuddin berkata anak syarikat kumpulan itu, Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn Bhd (BStarbucks), yang mengendalikan semua cawangan Starbucks di negara ini, telah mencatatkan tahap kecekapan yang tidak pernah dicapai sebelum ini dalam usaha promosi dan konsistensi jenamanya.

    “Ini mendorong syarikat itu memenangi enam anugerah pada 2023, termasuk Anugerah Jenama Putra, The Brand Laureate, Anugerah CSR Malaysia 2023, Anugerah Keusahawanan Asia Pasifik (APE), Anugerah Asia Runcit 2023 (Singapura), dan Anugerah Kelestarian dan CSR Malaysia 2023,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...