Monday, October 14, 2024
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berjaya Sdn Bhd perkukuh kesetiaan pelanggan GWM

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OKT – Berjaya Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi Great Wall Motor (GWM) di Brunei Darussalam telah berjaya menganjurkan program Vehicle Guardian: EV Insights & Adventures, yang direka untuk mengukuhkan kesetiaan pelanggan, mengumpul maklumat berharga dan menjana minat dalam pandu uji kenderaan elektrik (EV) GWM.

    Salah satu acara utama ialah perkongsian pengalaman daripada perjalanan GWM Brunei dari Brunei Darussalam ke Bintulu, Malaysia menggunakan GWM ORA Good Cat, di mana prestasi dan keupayaan kenderaan tersebut dalam keadaan sebenar ditunjukkan. Peserta mempelajari cara EV GWM berfungsi dalam jarak jauh dan di pelbagai jenis keadaan jalan.

    Selain itu, program berkenaan juga turut menyediakan maklumat penting tentang prosedur kecemasan EV, mendidik pemilik EV mengenai amalan pemanduan yang selamat dan cara mengendalikan kecemasan semasa menggunakan EV.

    Program tersebut diketuai oleh Pengurus Selepas Jualan Berjaya Sdn Bhd, Alex Tanggiling; Pengurus Produk Berjaya Sdn Bhd, Sin; dan Juruteknik EV GWM, Richard, menawarkan tip praktikal dan pengalaman langsung untuk meningkatkan keyakinan peserta dalam menggunakan EV.

    Acara tersebut mencerminkan komitmen Berjaya Sdn Bhd untuk mempromosikan penyelesaian mobiliti tenaga baharu dan memastikan keselamatan serta kepuasan pelanggan GWM.

    Alex Tanggiling menyampaikan sijil kepada peserta. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Gambar ramai semasa program berlangsung, baru-baru ini. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda