Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berjaya tawan Kilimanjaro

    Pada hari Isnin, 24 Jun, 9 pagi (waktu tempatan Tanzania), Dua warga Brunei telah berjaya mendaki gunung Kilimanjaro di Tanzania.

    Gunung Kilimanjaro merupakan gunung tertinggi di Afrika dan juga dikenali sebagai gunung berapi terbesar di dunia. Tambahan lagi, gunung ini juga telah menjadi warisan dunia dan tempat yang menakjubkan di Afrika.

    Salah seorang pendaki gunung Brunei, Qurratu’aini Qayyimah Dr Al-Haj Zelzey merupakan wanita pertama Brunei yang menyempurnakan ekspedisi solo di kawasan gunung Utara Himalaya (Gunung Annapura) pada bulan Disember 2018 dan dia merancang untuk menjadi warga Brunei yang pertama menyempurnakan Cabaran Tujuh Puncak yang melibatkan mendaki puncak tertinggi di antara semua benua Eropah.

    Selain itu, Pg Abdul Rahim Pg Abdul Rahman telah mendaki gunung Kenya, gunung yang kedua tertinggi di Afrika, dan merancang untuk mendaki 6,000 hingga 7,000 meter gunung-gunung di Nepal pada 2020.

    Pendakian mengambil masa selama enam hari dan pendakian terakhir bermula pada pukul 1 pagi dan mereka berjaya sampai di puncak 8 jam selepas itu.

    Bergambar ramai bersama pendaki-pendaki negara lain di gunung Utara Himalaya.
    Qurratu’aini Qayyimah Dr. Al-Haj Zelzey merupakan wanita pertama Brunei yang menyempurnakan ekspedisi solo di kawasan gunung Utara Himalaya.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda