Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Berjimat cermat dalam bulan Ramadan

    Menjelang bulan puasa yang akan kitani sambut lebih kurang dua minggu lagi, antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah perbelanjaan semasa berada di bazar Ramadan.

    Bazar Ramadan merupakan tempat yang penuh dengan pelbagai hidangan yang menarik dan menyelerakan, membuatkan kita mahu mencuba pelbagai hidangan yang baharu dan mungkin menambat rasa.

    Walau bagaimanapun, ini menjadi persoalan yang boleh diibaratkan satu kewajipan ketika berpuasa di Ramadan: Nak makan apa nanti bila berbuka?, ramai antara kita sering menghadapi pembaziran apabila berkunjung ke bazar tersebut. Bukankah kita patut bersederhana?.

    Semak semula, adakah juadah berbuka puasa kita selalu habis dimakan ataupun selalu kita buang begitu sahaja lepas waktu berbuka?.

    Namun ada juga alasan, jika makanan itu tidak habis, baki makanan boleh juga dibawa ke sahur nanti. Tetapi, adakah semua orang melakukannya?. Ingatlah, cuba latih diri sendiri untuk kawal perbelanjaan pada bulan puasa. Jangan diturutkan kemahuan mengikut hawa nafsu.

    Sememangnya susah mengawal hawa nafsu, bila dah bernafsu, mulalah kita bertanya pada diri sendiri sama ada bertahan atau menuruti sahaja. Tetapi kalau setakat kawal nafsu makan sahaja mungkin tidak memadai.

    Bila terleka, maka terbitlah nafsu berbelanja tak ingat dunia sehingga perancangan pun lari.

    Maka bila nafsu berbelanja berlebihan, nafsu makan pula menyebabkan kita tidak mampu menahan untuk membeli pelbagai juadah pilihan.

    Penting untuk membuat anggaran belanja sebelum memasuki bazar Ramadan dan membeli makanan dalam jumlah yang munasabah, bergantung pada keperluan masing-masing.

    Jangan terlalu membeli makanan secara berlebihan dan membazirkan wang, yang kemudiannya akan membuatkan poket kita tipis cepat.

    Sehubungan itu, menjelang Ramadan, saya nasihatkan orang ramai waspada dan pastikan buat keputusan bijak dan berhemah. Ini bukan saja menjimatkan wang, malah memastikan kesihatan kita terjaga semasa berpuasa.

    Si cantik

    Bazar Ramadan merupakan godaan orang berpuasa pada bulan Ramadan dengan hidangan yang boleh menyebabkan nafsu makan sukar dikawal.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...