Oleh Yusrin Junaidi Gambar oleh Muiz Matdani BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Dis – Penjimatan tenaga merupakan amalan yang sangat dituntut oleh agama Islam. Islam pada dasarnya tidak menghalang keinginan dan kehendak manusia yang cenderung memerlukan penggunaan tenaga agar mengecapi kesenangan dan keselesaan. Tetapi jika penggunaan itu mencapai tahap pembaziran, ia adalah sangat merugikan diri, masyarakat