HAJJAH, YAMAN – Beribu-ribu rakyat Yaman telah ber-alih kepada menunggang teksi bermotosikal untuk mencari rezeki selepas perang selama bertahun-tahun menyebabkan mereka kehilangan pekerjaan, tanah dan rumah. Di tengah-tengah harga yang melambung tinggi dan krisis bahan api yang berterusan disebabkan oleh perang, teksi motosikal telah menarik minat penumpang Yaman, meningkatkan kesesakan lalu lintas di seluruh bandar