HONG KONG – Rumah perkampungan sederhana Ko Oi-sum di pinggir barat laut Hong Kong, dikelilingi oleh pokok-pokok yang ditanam oleh ibunya – dia mengeringkan daun-daun tersebut untuk membuat teh, bagi manfaat kesihatan mereka.
Tetapi komuniti masyarakat lama di kawasan luar bandar ini, tinggal di lorong-lorong sempit, rumah yang sederhana dan binatang-binatang seperti kucing dan anjing bebas berkeliaran di sana sini, kini dalam ancaman. Penduduk-penduduk di sana telah menerima notis pengusiran oleh kerajaan, meminta mereka untuk beredar pada tahun 2018 untuk memberi laluan kepada pembangunan perumahan baru.
Beberapa ahli politik mengatakan bahawa perkembangan ke bahagian kawasan yang berpenduduk sedikit di Hong Kong adalah penting, dengan pembinaan rumah mampu milik adalah sukar ditemui di kawasan bandar yang padat di mana harga sewa melabung tinggi.
Kebanyakan wilayah di luar hab utama di bandar komersial ini adalah hutan, tanah bagi taman-taman dan penempatan luar bandar. Tetapi pengkritik berkata pendekatan ini hanya akan memberi manfaat kepada kumpulan pemaju swasta dan golongan kuasa elit di luar bandar, dengan mengorbankan orang awam.



Sebulan selepas keluarganya menerima berita pengusiran itu, ibu Ko mengalami strok, akibat daripada kejutan itu. Beliau meninggal dunia setahun kemudian, pada Disember lalu.
“Ibu saya dari segi emosi tidak bersedia,” katanya kepada AFP.
“Dia tidak mahu hidup dalam perumahan awam atau bangunan tinggi … Dia meletakkan jiwanya di sini.”
Ko hidup dalam kelompok tiga buah kampung yang dikenali sebagai Wang Chau, rumah kepada kelip-kelip, katak pokok asli dan mempunyai kira-kira 100 isi rumah. Kampung-kampung yang bakal dirobohkan itu adalah bagi memberi laluan kepada 4,000 unit perumahan awam.
Beberapa penduduk telah berada di sana sepanjang hidup mereka, selepas ibu bapa mereka datang dari tanah besar China pada tahun 1950-an. Sementara kebanyakan mereka membina rumah-rumah mereka sendiri, mereka juga menyewa tanah rumah mereka di atas tanah persendirian, kebanyakannya daripada penduduk kampung asli yang kini telah berpindah.
Penduduk kampung dan ahli kempen percaya pampasan bagi kemusnahan tapak ini adalah kepada pemilik tanah, bukan kepada pemilik rumah, walaupun kerajaan telah berkata ia akan membuat pembayaran kepada beberapa penduduk di sana.
Tetapi mereka mengatakan bahawa mereka tidak dibawa berunding mengenai projek itu dan tidak mahu melepaskan komuniti mereka.
“Asal usul saya berada di sini,” kata seorang penduduk kampung yang memberikan namanya sebagai Miss Lam dan dibesarkan di Wang Chau.
Sebuah telaga air yang berada di luar rumahnya adalah hasil tangan yang dibina oleh mendiang bapanya. Kerajaan telah berkata penempatan semula ini adalah suatu yang ‘tidak dapat dielakkan’ dan mereka akan menyediakan wang tunai atau penempatan semula kepada penduduk-penduduk yang layak, tanpa memberi sebarang perincian yang layak.
Tetapi penduduk kampung menyalahkan pihak berkuasa dan blok kuasa tempatan kerana menggantung mereka di luar sehingga kering – Wang Chau kini menyediakan sepanduk yang mengutuk rasuah dan pemindahan ini.
Bahagian kawasan luar bandar di Hong Kong telah dikuasai oleh rangkaian politik yang dikenali sebagai ‘kuk’, yang akan mewakili dalam badan perundangan dan mengambil bahagian dalam pengundian untuk pemimpin di bandar ini.
Rancangan untuk pembangunan Wang Chau pada asalnya disasarkan pada tempat letak kereta dan kemudahan penyimpanan yang dimiliki oleh seorang pemimpin luar bandar. Tetapi cadangan baru ini hanya sampai pada telinga penduduk kampung untuk dirobohkan, dengan laporan skim itu telah ditukar untuk mengelakkan konfrontasi dengan beberapa ahli ‘kuk’.
Kerajaan telah mempertahankan langkah itu, dan berkata ia memerlukan lebih banyak masa untuk memikirkan bagaimana untuk membangunkan kawasan itu yang kini telah jauh ketinggalan daripada rancangan yang dicadangkan – boleh menghasilkan 13,000 lebih rumah pangsa.
Ahli parlimen dan ahli kempen persekitaran Eddie Chu bertelingkah dengan dasar perumahan dan tanah Hong Kong yang memaparkan ‘kepentingan organisasi’. Chu memenangi undian yang paling banyak dari mana-mana calon dalam pilihan raya perundangan tahun lalu apabila orang ramai berkumpul di luar bangunan dan cuba membangkitkan isu pembangunan semula di luar bandar.
Beliau telah menerima ancaman bunuh sejak beliau bertanding untuk jawatan tersebut dan mengesyaki terdapat adanya hubungan antara kerajaan, perniagaan, golongan elit di luar bandar dan geng-geng jenayah ‘kongsi gelap’. Chu berkata sistem pembayangan ini membolehkan pemaju dan pemimpin luar bandar untuk menggunakan pengaruh luar, termasuk rancangan pembangunan di bandar ini. Penduduk kampung Wang Chau telah membuat perwakilan menangis.
“Kerajaan hanya melakukan rundingan di belakang tabir bersama dengan pemimpin luar bandar manakala tidak mendengar atau menutup telinga terhadap keluhan masyarakat yang berasal di kawasan ini, mengusir kami keluar seperti sampah,” kata seorang penduduk, Lo Kuen, bercakap di Parlimen pada November lalu.
Wang Chau bukan satu-satunya kawasan luar bandar yang mengalami ancaman pembangunan. Satu lagi ca-dangan adalah untuk membangunkan kawasan timur laut Hong Kong yang terbentang luas, telah mencetuskan protes yang menyaksikan bangunan parlimen di Hong Kong telah dibanjiri dengan penunjuk perasaan. Rancangan ini akan memberi kesan kepada 6,000 penduduk kampung dan termasuk pembinaan rumah-rumah pangsa mewah.
“Di mana lagi haluan yang hendak kami tuju apabila kawasan desa dan tanah ladang semuanya menjadi sasaran kerajaan untuk pembangunan?” kata Becky Au, 31, seorang petani yang merupakan generasi ketiga keluarganya untuk tinggal di kampung timur laut Ma Shi Po.
Penduduk kampung Wang Chau dan aktivis Patrick Cheang, 29, berkata kerajaan hanya mewujudkan keperluan perumahan yang berbeza dengan penyisihan masyarakat luar bandar.
Penduduk kampung merancang untuk mengadakan protes dan tidak mahu kehilangan tempat tinggal mereka.
“Kami merasa tidak banyak harapan, tetapi kami juga tidak mahu putus asa,” katanya. – AFP