Oleh Zulkamal Haji Kamis
BERKONSEPKAN permainan tempur di ruang udara, permainan video Ace Combat 7: Skies Unknown telah dikembangkan dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment.
Permainan ini merupakan sambungan siri Ace Combat sebelumnya dan dikeluarkan dalam platform Play Station 4 dan Xbox One pada bulan Januari 2019 lalu dan untuk Microsoft Windows pada bulan berikutnya. Permainan ini turut menggunakan ‘Virtual Reality’ bagi memperhebatkan lagi corak permainan.
Plot ringkas permainan
Permainan ini mengambil tempat di alam fiksyen sebagaimana yang digunakan dalam siri yang terdahulu. Berikutan peristiwa yang berlaku dalam Ace Combat 4 dan Ace Combat yang kelima, Persekutuan Osean telah menjalinkan perdamaian antara kuasa tentera Erusea dan seluruh benua Utiliti.
IUN telah dibentuk bagi mengekalkan keamanan di seluruh benua tersebut sementara itu Presiden Vincent Harling memerintahkan beberapa buah kapal perang untuk memeriksa kawasan di luar pantai Erusean bagi merevitalisasikan ekonomi benua.



Walau bagaimanapun, kapal tersebut membangkitkan rasa kebencian dalam kalangan penduduk Eruseans, yang melihat campur tangan Osean itu adalah tidak perlu.
Pemain perlu mengawal pergerakan protagonis ini yang dipanggil sebagai Trigger, seorang juruterbang Osean. Bagi meneruskan plot, pemain juga perlu berkomunikasi melalui audio di mana Trigger sendiri tidak dapat mendengarnya. Kebanyakan plot permainan dalam siri ini mengutarakan tentang misi terutamanya terhadap dua watak seperti Avril Mead dan Dr Schroeder yang cuba menguasai konflik permainan.
Permainan video ini turut menggunakan suara latar yang berbeza-beza dan mempunyai kronologi yang tersendiri seperti Princess Rosa Cosette E’Elise, Jeneral Labarthe, Major McOnie serta juruterbang Mage, Golem, Spare, Strider, Cyclops dan Squardon Sol. Apabila permainan berlangsung, cerita-cerita watak adalah bersilang antara satu dengan yang lain sekali gus mendedahkan siapa Trigger itu sebenarnya.
Kronologi ringkas
Ketegangan yang berlaku antara persekutuan Osean dan Erusea terus berlaku apatah lagi Erusea mengisytiharkan perang ke atas Osea. Erusea melancarkan serangan mengejut dengan menggunakan sejumlah besar pesawat tempur terhadap sasaran tentera Osean dan menawan banyak benua Utiliti termasuk bangunan Angkasa Antarabangsa (ISEV) serta dua pesawat pengangkutan udara raksasa yang melindungi ISEV yang dikenali sebagai Arsenal Birds.
Semasa misi untuk mengeluarkan bekas presiden Osean, Vincent Harling dari ISEV, sebuah peluru berpandu Osean telah terkena pesawat Harling sehingga berjaya membunuhnya. Juruterbang Osean, Trigger telah dituduh melancarkan tembakan tersebut dan didapati bersalah oleh mahkamah tentera dan dipindahkan ke Skuadron 444, sebuah unit tentera pengawal di mana Avril juga bekerja di cawangan tersebut.
Dianggap telah ‘dibuang’ oleh tentera Osean, mereka dihantar untuk menjalani misi berbahaya. Trigger melewati laluan Erusean Ace Mihaly A Shilage, yang menyediakan data penerbangan ke program dron Erusean yang diketuai oleh Belkan Schroeder.
Disebabkan oleh prestasinya yang dipuji, Trigger dimaafkan dan dipindahkan ke Long Range Stratefic Strike Group, Tentera Udara Osean dan dibawah kawalan Strider Squadron. Dibantu oleh LRSSG, Osean melakukan beberapa serangan balas sehingga memusnahkan kapal tempur Arsenal dan Stonehenge. Ketika Osean berusaha untuk menakluki ibukota Erusean, Farbanti, Trigger dan Mihaly bergabung kembali.
Walau bagaimanapun, Osea dan Erusea memusnahkan rangkaian satelit masing-masing semasa pertempuran, menyebabkan rangkaian komunikasi global terganggu. Mihaly melarikan diri manakala Erusea jatuh ke lembah perang saudara dan kehilangan kuasa untuk mengawal pesawat pengebom AL yang terkawal.
Perjalanan kronologi seterusnya tergantung kepada corak permainan yang dipilih oleh para pemain. Adakah Trigger berjaya mengakhiri peperangan, semua itu terjawab apabila anda membuat pilihan dan strategi yang tepat terhadap corak permainan anda.
Pembangunan dan pelancaran
Permainan ini telah diumumkan pada tahun 2015 dan pada asalnya dikeluarkan pada tahun 2017 namun Ace Combat 7: Skies Unknown telah dilancarkan dalam bentuk Play Station 4 dan Xbox One pada 18 Januari 2019 lalu dan dikeluarkan dalam bentuk Microsoft Windows pada 1 Februari 2019. Permainan ini turut menggunakan realiti maya yang hanya eksklusif kepada Play Station VR. Ace Combat 7 merupakan siri yang pertama menggunakan teknologi Unreal Engine 4.
Permainan video ini turut mempunyai beberapa kandungan yang boleh dimuat turun, seperti tiga pesawat baharu dan tiga misi baharu, yang dijadualkan akan dikeluarkan pada pertengahan tahun 2019 nanti.