Wednesday, February 26, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berjuang hidup demi sahabat

    Oleh Raz AS

    DIA telah diserang oleh lima orang pemuda dan kini mereka harus membayarnya dengan darah dan daging mereka sendiri.

    Novel The Hollow Girl karya Hillary Monahan mengisahkan tentang Bethan, yang menjadi seorang anak murid kepada seorang bomoh bernama Drina daripada suku kaum di Romania.

    Kehidupan Bethan gembira, teratur dan serba mencukupi, kecuali Silas.

    Anak kepada ketua suku itu sering mengganggunya secara sembunyi-sembunyi.

    Pada satu malam, Silas dan rakan-rakannya telah menyerang Bethan dan sahabatnya, Martyn dengan ganas.

    Berasa hatinya hancur remuk kerana serangan tersebut, Bethan telah meminta Drina untuk membawa Martyn pulang daripada kematian.

    Novel The Hollow Girl karya Hillary Monahan adalah mengisahkan tentang Bethan, yang menjadi seorang anak murid kepada seorang bomoh bernama Drina daripada suku kaum di Romania. Kehidupan Bethan gembira, teratur dan serba mencukupi, kecuali Silas. Anak kepada ketua suku itu sering mengganggunya secara sembunyi-sembunyi. Untuk mengetahui kisah selengkapnya, anda bolehlah mendapati novel ini di pasaran.

    Walau bagaimanapun, Drina sempat memberi amaran kepada Bethan bahawa menggunakan sihir menghidupkan kembali si mati itu akan mengundang padah yang sangat besar.

    Untuk menyelamatkan sahabatnya, Bethan harus mengumpulkan bahan-bahan untuk digunakan dalam upacara sihir itu. Dia harus mengumpul secuping telinga, sedikit rambut, sebiji bola mata, hidung dan juga jari-jemari manusia.

    Bethan memberikan peluang kepada pemuda-pemuda yang menyerangnya untuk tampil ke hadapan dan meminta maaf. Namun apabila mereka enggan, Bethan tahu di mana dia akan mendapat bahan-bahan yang diperlukan untuk menyelamatkan Martyn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda