Oleh Zulkamal Haji Kamis
PERMAINAN Dragon Quest Builders merupakan permainan aksi sandbox yang dijanakan oleh satu watak. Permainan ini diterbitkan oleh Square Enix untuk Playstation 4, Playstation 3, Playstation Vita dan Nintendo Switch.
Permainan ini telah berlatarbelakangkan kawasan Alefgard, memaparkan satu set latar belakang Dragon Quest yang asal, di mana pemain berperanan untuk mengawal pembinaan yang ditugaskan untuk membina semula kawasan itu selepas ia dimusnahkan.
Peraturan permainan
Permainan ini bercorakkan gaya blok estetik, dengan unsur-unsur pengumpulan dan membangunkan elemen bangunan yang serupa dengan beberapa permainan yang lain seperti Act Raiser, Dark Cloud, Minecraft dan Terraria. Permainan ini dikeluarkan di Jepun pada bulan Januari 2016 dan di seluruh dunia pada bulan Oktober 2016. Sekuel, Dragon Quest Builders 2 akan dikeluarkan pada akhir bulan 2018.
Permainan ini berlaku di kawasan Alefgard, berdasarkan kepada latar belakang Dragon Quest yang asli sebelum ini. Permainan ini merupakan kesinambungan daripada permainan yang sebelum ini, di mana sebelum pertempuran berakhir, wira telah menerima cadangan Dragonlord yang jahat, di mana masing-masing memerintah kawasan itu. Perjanjian itu menjadi satu perangkap, yang membawa kepada kemusnahan pahlawan dan membenarkan tanah itu dikuasai oleh raksasa.
Setelah masa berlalu, pembina bangunan baharu (karakter utama) muncul bagi memulihkan kawasan itu untuk diteruskan lagi oleh wira yang seterusnya. Pemain perlu mengumpulkan ‘bahan’ di seluruh dunia untuk membina semula tanah Alefgard dari awal lagi.



Membina kawasan
Spekulasi media semasa permainan ini dilancarkan mengatakan bahawa Dragon Quest Builders akan menjadi versi Dragon Quest dari Minecraft. Beberapa paparan awal men-dedahkan pemain perlu membina sebuah kem daripada blok dan karakter utama akan terus memperolehi mata untuk ke pe-ringkat seterusnya berdasarkan kepada beberapa banyak blok yang telah dibina. Raksasa se-perti Lendir dan Naga dari Quest Dragon yang asal akan muncul semula dalam permainan terkini ini.
Permainan ini turut memaparkan bar (tahap) kesihatan dan mesti menerima makanan dari semasa ke semasa, ciri yang sama dengan Minecraft. Permainan ini turut dibandingkan dengan Dark Cloud yang dikeluarkan pada tahun 2000 dan Act Raiser pada tahun 1990 dan menurut Kotaku, Dragon Quest Builder lebih mirip dengan Act Raiser daripada Minecraft.
Peralihan
Portagonis dalam permai-nan ini telah direka bentuk oleh Akira Toriyama di mana Etrian Odyssey selaku pencipta Kazuya Niinou berkhidmat sebagai pengarah permainan ini. Manakala sistem latar bunyi permainan ini menggunakan latar permainan muzik Dragon Quest pertama di mana telah dikeluarkan pada tahun 1986.
Permainan ini pada mulanya diumumkan pada bulan Julai 2015 dan dalam proses peralihan kepada Playstation 4, Playstation 3 dan Playstation Vita. Ia dikeluarkan di Jepun pada 28 Januari 2016 dan di Amerika Utara, Eropah dan Australia pada bulan Oktober 2016. Versi ‘Ultimate Hit’ dikeluarkan di Jepun pada 1 Disember 2016.
Permainan ini turut dikeluarkan dalam bentuk Nintendo Switch di Amerika Utara dan wilayah PAL pada 9 Februari 2018 dan di Jepun pada 1 Mac 2018. Sekuel, Dragon Quest Builders 2 akan dikeluarkan di Jepun untuk Playstation 4 dan Nintendo Switch pada 20 Disember 2018 yang lalu dan di seluruh dunia pada tahun 2019 nanti. Permainan ini turut berkonsepkan permainan koperasi sehingga memerlukan empat pemain dan mendapat bantuan dari Koei Tecmo.