Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Berjuta kanak-kanak berdepan risiko penyakit

    ISLAMABAD, 9 JAN – Berjuta-juta kanak-kanak di Pakistan berdepan risiko penyakit berjangkit dan kematian akibat banjir melanda negara itu, menurut pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hari ini.

    Sekurang-kurangnya 1,739 orang terbunuh termasuk 647 orang kanak-kanak, akibat musim tengkujuh yang melanda Pakistan pada pertengahan Jun hingga Oktober, menurut laporan kerajaan

    Tabung Kecemasan Kanak-kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hari ini mendedahkan lebih 4 juta orang kanak-kanak masih tinggal berhampiran air tercemar dan bertakung manakala 10 juta orang memerlukan bantuan segera demi menyelamatkan nyawa sebelum menjelang musim sejuk, lapor UPI.

    Setiausaha Agung Pertubuhan PBB, Antonio Guterres menyatakan negara itu memerlukan sokongan kewangan besar daripada masyarakat antarabangsa selepas berkunjung ke Pakistan pada September.

    Antara Julai dan Disember, PBB mengenal pasti bilangan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan meningkat dua kali ganda di kawasan dilanda banjir berbanding setahun sebelumnya. Jangkitan pernafasan akut dalam kalangan kanak-kanak di kawasan terbabit juga turut bertambah. – Bernama

    Seorang lelaki berdiri di tepi air banjir di kawasan perumahan yang dilanda banjir di Dera Allah Yar, di daerah Jaffarabad di wilayah Balochistan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...