Ulasan buku oleh Raz AS
NOVEL berjudul This Lie Will Kill You adalah sebuah novel karya Chelsea Pitcher adalah sebuah novel thriller yang mempunyai unsur gabungan seperti Clue dan Riverdale, mengenai pembongkaran penipuan yang diberitahu oleh lima orang remaja mengenai sebuah malam berdarah, satu tahun yang lalu.
Satu tahun yang lalu, sebuah pesta telah diadakan, dan di pesta tersebut, seseorang telah kehilangan nyawanya.
Lima orang remaja mempunyai peranan mereka masing-masing dan sehingga hari ini tiada sesiapa pun yang bercakap benar mengenainya.
Namun malam ini, kelima-lima mereka telah sampai ke sebuah rumah agam jauh di kawasan pedalaman, untuk bertanding dalam sebuah pertandingan yang menjanjikan ganjaran wang tunai sebanyak AS$50,000 sebagai hadiah utama kepada pemenangnya.
Mereka masing-masing ingin memenangi pertandingan aneh yang menawarkan hadiah yang besar tersebut, oleh yang demikian tiada sesiapa pun yang menyimpankan perasaan curiga terhadapnya, sehinggalah semuanya sudah terlambat.
Kini mereka sedar bahawa mereka telah diumpan oleh seseorang yang ingin membalas dendam, seseorang yang sanggup membuat apa sahaja demi mencari kebenaran mengenai peristiwa pada malam satu tahun yang lalu itu.
