Friday, November 15, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan saksikan perlawanan bola sepak

    Oleh Fadhil Yunus –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OKT – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, berkenan berangkat menyaksikan perlawanan pertama pusingan kelayakan Piala Mitsubishi Electric ASEAN antara Brunei Darussalam dan Timor Leste di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, malam tadi.

    Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.

    Perlawanan tersebut menyaksikan Pasukan Brunei Darussalam tewas 0-1 kepada Timor Leste dalam perlawanan pertama.

    Kekalahan tersebut menamatkan rekod lima perlawanan tanpa kalah Brunei dan empat perlawanan berturut-turut tanpa bolos. Paulo Domingos Gali Da Costa Freitas, pemain berusia 19 tahun dari Timor Leste, berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-48, sekali gus memberikan kemenangan kepada pasukan lawan.

    Perlawanan menyaksikan 29 percubaan gol secara keseluruhan, dengan Brunei mencatatkan 15 percubaan manakala Timor Leste 14.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik semasa berkenan berangkat menyaksikan perlawanan tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Turut berangkat menyaksikan perlawanan tersebut ialah YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim, YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah, YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman dan YTM Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Pasukan Brunei Darussalam tewas 0-1 kepada Timor Leste dalam perlawanan pertama pusingan kelayakan Piala Mitsubishi Electric ASEAN di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, semalam. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda