Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan adakan lawatan rasmi ke S’pura

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri telah berkenan berangkat mengadakan lawatan rasmi ke Republik Singapura pada 26 hingga 28 Jun, atas jemputan Menteri Negara Kanan, Kementerian Ehwal Luar dan Kementerian Pembangunan Negara, Puan Yang Terutama Sim Ann.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri (KHELN) di sini, turut mengiringi Yang Teramat Mulia sepanjang lawatan berkenaan ialah Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.

    Pada 27 Jun, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan PYT Sim Ann menghadiri majlis resepsi bagi memperingati Ulang Tahun ke-40 Penubuhan Hubungan Diplomatik antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.

    Turut hadir semasa majlis berkenaan ialah suami kepada PYT Sim Ann, Dr Mok Ying Jang.

    Semasa majlis resepsi itu, Yang Teramat Mulia dan Puan Yang Terutama telah melancarkan logo rasmi bagi ulang tahun berkenaan yang direka oleh Awang Mohammad Yusran bin Saugi dari Brunei.

    Pada hari terakhir lawatan, Yang Teramat Mulia berkenan berangkat menghadiri santap tengah hari yang telah dihoskan oleh Menteri Kanan dan Menteri Penyelarasan Keselamatan Negara, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Kedua Pendidikan dan Menteri Kedua Ehwal Luar, Tuan Yang Terutama Dr Mohamad Maliki Osman.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna berkenan bergambar ramai bersama TYT Teo Chee Hean dan TYT Dr Mohamad Maliki Osman semasa majlis santap tengah hari. Hadir sama ialah YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz. – GAMBAR SERAHAN KHELN
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan PYT Sim Ann melancarkan logo rasmi bagi Ulang Tahun ke-40 Penubuhan Hubungan Diplomatik antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura. – GAMBAR SERAHAN KHELN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda