BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bagi mengalu-alukan keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Di-Pertuan bagi Negeri Johor Darul Ta’zim, yang telah dilantik sebagai bakal Yang Di-Pertuan Agong Malaysia ke-17 di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.
Turut berangkat mengiringi DYMM Sultan Ibrahim ialah Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Al-Haj ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/11/P2-3Johor_01112023.jpg)