Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan beramah mesra bersama penduduk Tutong

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    TUTONG, 25 JULAI – Cuaca cerah di Daerah Tutong seakan mengalu-alukan dan menyemarakkan lagi semangat rakyat serta penduduk daerah ini dalam sama-sama berkumpul bagi menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Tutong, hari ini.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah.

    Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dimeriahkan dengan barisan bendera kecil negara yang dikibarkan oleh murid-murid dan pelajar sekolah sepanjang jalan menuju ke kawasan Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong di mana Daerah Tutong diberikan penghormatan sebagai daerah kedua bagi majlis ramah mesra dan junjung ziarah tahun ini setelah majlis yang sama diadakan pada 22 Julai lalu di Daerah Belait.

    Baginda Sultan dan kerabat diraja kemudian dijunjung ke Pentas Diraja dan lagu kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ dimainkan.

    Bagi memeriahkan dan menyemarakkan sambutan sempena keberangkatan Baginda Sultan, acara diserikan dengan persembahan khas yang ceria, bertenaga dan penuh warna-warni dengan tema ‘Kekal Beraja, Kekal Bernegara’ yang melibatkan lebih 400 orang peserta.

    Kemeriahan suasana majlis di daerah ini jelas terlihat di wajah setiap rakyat dan penduduk yang tidak melepaskan peluang untuk menatap wajah Baginda Sultan serta kerabat diraja seterusnya menghadapkan sembah Hari Keputeraan kehadapan majlis Baginda
    Sultan.

    Keberangkatan Baginda Sultan bercemar duli serta beramah mesra bersama rakyat merupakan suatu tradisi murni yang dapat memberi peluang keemasan bagi mereka untuk menzahirkan rasa syukur dan kasih sayang kepada pemimpin yang dikasihi serta merupakan acara yang amat dinanti-nantikan oleh segenap lapisan penduduk di daerah
    ini.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan dijunjung meletakkan semaian padi bagi sebuah projek yang dikenali dengan nama Padi Akuaponik SMMHT di salah sebuah petak pameran Sekolah Menengah Muda Hashim Tutong (SMMHT) semasa Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Tutong, kelmarin. Turut berangkat ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. – Gambar oleh Muiz Matdani
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan memotong kek puja usia semasa Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Tutong, kelmarin. Berangkat sama, paduka-paduka anakanda dan adinda Baginda Sultan. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan beramah mesra dan menerima junjung ziarah daripada peserta persembahan khas. Berangkat sama, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. – Gambar oleh Muiz Matdani
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan dijunjung berswafoto bersama peserta persembahan khas. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan berangkat ke majlis santap. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung bergambar ramai. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan dijunjung bergambar ramai bersama para peserta persembahan khas. – Gambar oleh Muiz Matdani
    ATAS & BAWAH: DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Tutong, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda