Wednesday, May 14, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat bagi lawatan kerja ke ABDB

    Oleh Sim Y. H.

    Gambar oleh Muiz Matdani & Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan mengadakan lawatan kerja ke Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

    Baginda berkenan memulakan lawatan kerja di Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison dan keberangkatan Baginda dijunjung oleh Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

    Baginda Sultan kemudian berkenan menerima Tabik Hormat Diraja dan memeriksa barisan Kawalan Kehormatan. Baginda kemudian dijunjung untuk bergambar ramai bersama ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan dan ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB.

    Baginda seterusnya berkenan berangkat ke Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garison di mana majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Ketua Jabatan Agama ABDB, Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB.

    Baginda seterusnya berkenan mengurniakan titah kepada seramai 2,000 orang anggota ABDB yang terdiri daripada 421 orang pegawai dan 1,579 orang anggota lain-lain peringkat.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan berangkat mengadakan lawatan kerja ke ABDB.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan melawat rumah kelamin PTB Kanan Kelas G milik 12111 Pegawai Waran 2 Sopian.
    Baginda Sultan berkenan berangkat meninjau rumah kelamin Pegawai Kelas C milik 834 Mejar Ahmad Bohare.
    Baginda Sultan berkenan dijunjung menyaksikan pembelajaran murid-murid di Sekolah Rendah Pantai Berakas.
    Baginda Sultan berkenan berangkat melawat ke Kompleks Perubatan Bolkiah Garison.
    Baginda Sultan berkenan dijunjung beramah mesra bersama guru-guru sekolah.
    Baginda Sultan berkenan melawat Rumah Masak Batalion Pertama TDDB.

    Antara anggota ABDB yang hadir pada majlis di Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garison.

    Selesai titah, Baginda berangkat mengadakan lawatan ke Kompleks Perubatan Bolkiah Garison dan menerima sembah taklimat daripada 619 Kolonel Dr Haji Awang Mohd Hafizul bin Haji Awang Mohd Hassan.

    Kompleks Perubatan Bolkiah Garison dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Markas Khidmat Perubatan dan Kesihatan yang merangkumi Markas Perubatan, Cawangan Latihan Perubatan, Stor Logistik Perubatan, Unit Kesihatan Alam Sekitar, Unit Penyelidikan dan Pembangunan dan Dewan Simulasi Medan serta Pusat Khidmat Perubatan dan Kesihatan yang merangkumi Klinik Tentera, Klinik Keluarga, Klinik Pakar Pesakit Luar dan Klinik Pemeriksaan Kesihatan.

    Baginda Sultan meneruskan lawatan kerja dengan berangkat ke Berakas Garison serta dijunjung menyaksikan dengan lebih dekat beberapa prasarana, bermula dengan Sekolah Rendah Pantai Berakas di mana Baginda berkenan menerima sembah taklimat daripada guru besar sekolah tersebut, Dayang Sharinah binti Haji Shahbudin.

    Sekolah Rendah Pantai Berakas mempunyai seramai 225 orang murid, 34 orang guru dan 11 orang kakitangan.

    Baginda seterusnya berkenan berangkat melawat rumah kelamin PTB Kanan Kelas G di mana kediaman dimiliki 12111 Pegawai Waran 2 Sopian bin Haji Abdul Hamid dan kediaman kelamin anggota yang berpangkat koperal ke bawah iaitu 50309 Lans Koperal Mohd Adi Yusran bin Mohammad.

    Baginda selepas itu meninjau Barek Bujang, Kompeni B, Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) di mana Baginda berkenan menerima sembah taklimat daripada Pegawai Pemerintah Batalion Pertama, TDDB, 665 Leftenan Kolonel Mohammad Roasri Erwan bin Haji Tasrif dan 800 Mejar Awang Abdul Aziz bin Razali.

    Baginda juga berkenan meninjau ke Rumah Masak Batalion Pertama dan berkenan menerima sembah taklimat daripada 870 Mejar Haji Ainol Ardika bin Haji Tinggal.

    Baginda seterusnya berkenan berangkat meninjau rumah kelamin Pegawai Kelas C milik 834 Mejar Ahmad Bohare bin Mansor sebelum Baginda berkenan berangkat ke Mes Pegawai Berakas Garison bagi Majlis Santap.

    Baginda Sultan dijunjung menandatangani Lembaran Kenangan sebelum berangkat meninggalkan Mes Pegawai Berakas Garison.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/