LIMA, REPUBLIK PERU, 17 NOV – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat balik dari Lima, Republik Peru hari ini.
Sebelum berangkat balik, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Jorge Chávez bagi menyembahkan ucapan selamat berangkat Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Tuan Yang Terutama Gustavo Lino Adrianzén, President of the Council of Ministers of the Republic of Peru.
Juga hadir ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Serbini bin Haji Ali.