Tuesday, February 11, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat balik

    KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 4 OGOS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha

    Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini berkenan berangkat meninggalkan Kuala Lumpur, Malaysia selepas mengadakan Keberangkatan Negara ke Malaysia dan menghadiri Perundingan Tahunan Ketua-ketua Kerajaan kali ke-24.

    Mengiring keberangkatan Baginda berdua ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.
    Sebelum berangkat, Doa Selamat telah dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Hadir di Pangkalan Udara Subang bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tuan Yang Terutama Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar selaku Menteri Pengiring serta isteri; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah serta isteri; dan pegawai-pegawai kanan kerajaan Malaysia.

    Juga hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin dan isteri.

    Sebelum menaiki pesawat khas, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berangkat melintasi barisan kawalan kehormatan statik yang terdiri daripada para anggota Regimen Askar Melayu Diraja, Tentera Darat Malaysia.

    Semasa keberangkatan negara berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri telah mengadakan kunjungan muhibah bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16 dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, dan berangkat mengadakan perjumpaan bersama Perdana Menteri Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim bagi menghadiri Perundingan Tahunan Ketua-ketua Kerajaan kali ke-24.

    Satu triti dan dua memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan kerajaan Malaysia telah dimeterai semasa perundingan.

    Doa Selamat dibacakan sebelum Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berangkat meninggalkan hotel persemayaman. – Gambar oleh Infofoto
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna berkenan melintasi barisan kawalan kehormatan statik sebelum menaiki pesawat. – Gambar oleh Infofoto
    Gambar oleh Infofoto
    Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz. – Gambar oleh Infofoto

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda