Friday, September 13, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat bertemu PM Malaysia

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat mengadakan perjumpaan bersama Perdana Menteri Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, sempena Perundingan Tahunan Ketua-Ketua Kerajaan kali ke-25 antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia, yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

    Berangkat sama ke perjumpaan tersebut, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

    Sementara turut hadir dalam perjumpaan berkenaan bersama TYT Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim adalah Menteri Luar, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohamad Hasan.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan dijunjung bertemu TYT Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
    Baginda Sultan dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan dijunjung bergambar ramai bersama TYT Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan TYT Datuk Seri Mohamad Hasan. – GAMBAR-GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa, 27 Ogos.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda