Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat hadiri pertandingan angkat berat

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 NOV – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menyaksikan pertandingan sukan angkat berat Sukan Solidariti Islam ke-6 2025 yang berlangsung di Boulevard Arena 01A, Riyadh, Arab Saudi, yang melibatkan seorang atlet negara iaitu Jurelena binti Juna, bagi kategori Wanita 53 Kilogram (kg), kelmarin.

    Pada pertandingan tersebut, Jurelena berjaya menduduki tempat kelima daripada lapan negara dalam sesi ketiga acara snatch dan clean & jerk. Beliau menamatkan acara dengan angkatan 62kg dalam acara snatch dan 89kg dalam clean & jerk menjadikan jumlah angkatan sebanyak 151kg.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah kemudiannya berkenan mengurniakan pingat kepada para pemenang sukan angkat berat bagi kategori tersebut.

    Terdahulu, Duli Yang Teramat Mulia turut berkenan berangkat untuk melihat lebih dekat lagi Perkampungan Atlet di Universiti Princess Noural, Riyadh pada 7 November lalu.

    Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia di perkampungan tersebut telah dijunjung oleh Chef de Mission, Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly bersama dengan para atlet, jurulatih serta pegawai urus setia.

    Pada lawatan berkenaan, Duli Yang Teramat Mulia berkenan mendengar sembah penerangan ringkas daripada Haji Mohamad Rosfazlilah serta berkenan mengurniakan kata-kata semangat kepada para atlet negara.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah semasa berangkat menyaksikan pertandingan angkat berat Sukan Solidariti Islam ke-6 bersama Presiden Jawatankuasa Olimpik Kuwait, Y.E. Sheikh Fahad Sheikh Fahad Nasser Sabah Al-Ahmad Al-Sabah; dan Presiden Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa, Mohammed Jalood. – GAMBAR SERAHAN URUSETIA KONTINJEN NBD
    GAMBAR SERAHAN URUSETIA KONTINJEN NBD
    GAMBAR SERAHAN URUSETIA KONTINJEN NBD
    GAMBAR SERAHAN URUSETIA KONTINJEN NBD
    GAMBAR SERAHAN URUSETIA KONTINJEN NBD
    GAMBAR SERAHAN URUSETIA KONTINJEN NBD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Rockets atasi Cavs