Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat ke AS

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 NOV – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berangkat ke San Francisco, Amerika Syarikat (AS) bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi Asia Pasifik (AELM) yang akan berlangsung hingga 17 November.

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Sebelum berangkat dari Istana Nurul Iman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Berangkat di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Baginda Sultan ialah kerabat
    diraja.

    Berangkat sama dan hadir di hangar penerbangan ialah pengiran-pengiran cheteria, Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, menteri-menteri kabinet, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Diraja, timbalan-timbalan menteri, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan melambaikan tangan dari dalam pesawat. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan melambaikan tangan sebelum memasuki pesawat bagi keberangkatan ke San Francisco, AS. Berangkat sama, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Doa Selamat dibacakan sebelum Kebawah Duli Yang Maha Mulia, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berangkat dari Istana Nurul Iman. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berkenan berangkat bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda