Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat ke Dubai

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berangkat ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Iklim Dunia yang akan diadakan pada 1 dan 2 Disember semasa Persidangan ke-28 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (COP 28).

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Sebelum berangkat dari Istana Nurul Iman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Berangkat di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah kerabat diraja.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan melambaikan tangan sebelum memasuki pesawat. Berangkat sama, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan kerabat diraja berkenan menerima junjung ziarah. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Doa Selamat dibacakan sebelum Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan kerabat diraja berangkat dari Istana Nurul Iman. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna berkenan berangkat ke Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi menyembahkan selamat berangkat. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda