Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat ke Majlis Sambutan HBK

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan (HBK) ke-18 di Pusat Persidangan Antara-bangsa, Berakas.

    Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    Pada majlis itu, Baginda Sultan berkenan menyempurnakan pengurniaan anugerah HBK 2023 kepada para penerima bagi setiap kategori.

    Bagi tahun ini, empat kategori anugerah diberikan iaitu Anugerah Belia Cemerlang, Anugerah Belia Berkhidmat, Anugerah Pemimpin Muda Belia dan Anugerah Projek
    Cemerlang untuk Belia.

    Di samping itu, satu Anugerah Pengiktirafan Khas (Special Mention) telah diberikan bagi mengiktiraf belia yang memberikan perkhidmatan dan memperjuangkan serta memartabatkan belia khususnya belia orang kelainan upaya (OKU) di negara ini.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berkenan dijunjung bergambar ramai. – Gambar oleh Muiz Matdani
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan Anugerah Belia Berkhidmat kepada Awang Mohmmad Ashmeer Imtiaz Ahmad. – Gambar oleh Muiz Matdani
    ATAS & BAWAH: KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan Anugerah Pengiktirafan Khas kepada Dayang Nurul Huda binti Haji Muhin (atas) dan Anugerah Projek Cemerlang untuk Belia kepada Awang Ahmad Fathi bin Dr Haji Norafan (bawah). – Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani
    ATAS & BAWAH: Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung berangkat bagi menyaksikan Pameran Hari Belia. Berangkat sama, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berkenan berangkat ke majlis sambutan berkenaan. – Gambar oleh Muiz Matdani
    ATAS & BAWAH: DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong berkenan dijunjung berangkat bagi menyaksikan pameran. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani
    Pengiran Muhammad Amirul Aiman memimpin bacaan lafaz ikrar. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani

    Sebelum pengurniaan anugerah, bacaan lafaz ikrar daripada 60 belia telah dipimpin oleh Pengiran Muhammad Amirul Aiman bin Pengiran Haji Marjuki yang merupakan johan Musabaqah Membaca Al-Quran Asia Tenggara 2011 dan johan qari Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan, 2023.

    Bacaan lafaz ikrar diiringi oleh dua pembantu, Awangku Muhammad Amirul Fa’iq bin Pengiran Zali yang merupakan salah seorang atlet badminton yang telah mewakili negara ke kejohanan Sukan Para ASEAN ke-12 di Kemboja dan Pengusaha, Pengasas dan Pengurus Syarikat Qafa Haus dan Fast Tailoring, Dayang Norfatriah binti Abdullah.

    Majlis turut diserikan dengan tayangan video dan persembahan pidato oleh Awang Muhammad Iqbal Syakib bin Haji Syuib yang merupakan lepasan graduan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

    Dalam pengisian sembah pidato, Awang Muhammad Iqbal Syakib telah menjelaskan bepirawis itu adalah sebagai nasihat dan peringatan sesama belia dengan menerapkan sikap bersopan santun dalam berbicara, bersuara dan juga berbahasa.

    “Selaku belia perlu ingat akan nilai-nilai tersebut, walaupun adanya perbezaan pendapat dan perspektif daripada golongan tua dan yang muda,” jelasnya.

    Di samping pengurniaan anugerah dan persembahan pidato, Baginda Sultan berserta kerabat diraja berkenan dijunjung menyaksikan Pameran Hari Belia di ruang lain
    pusat berkenaan.

    Pameran tahun ini turut melibatkan penyertaan sejumlah 35 buah organisasi yang terdiri daripada pergerakan belia dan rakan-rakan strategik yang mempamerkan projek masing-masing dalam mendukung ke arah pembangunan belia di negara ini.

    Sambutan HBK kali ini turut diserikan dengan pengendalian Festival Hari Belia, yang diadakan bagi memberi peluang kepada persatuan-persatuan belia dan sukan, kumpulan-kumpulan dan usahawan belia untuk menunjukkan kreativiti serta kebolehan para belia dalam menganjurkan acara-acara sampingan sempena HBK.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda