
Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jan – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) telah berkenan berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun ke-25 Penubuhan Yayasan di Dewan Serba Guna, Kompleks Yayasan, petang tadi.
Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)