Wednesday, April 16, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 APRIL – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Ahli Lembaga Eksekutif Kehormat Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC), berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam yang berlangsung di Royal Berkshire Hall, Tarindak d’Polo, Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong, hari ini.

    Turut berangkat dan hadir di majlis itu, His Royal Highness Prince Feisal Al-Hussein, Association of National Olympic Committee (ANOC) Gender Equity Commission Chair dan OCA Chair of the Peace and Sport Standing Committee; Ahli Lembaga Eksekutif OCA, Mikako Kotani OLY; dan Pengerusi Kesaksamaan Jantina OCA, Valerie Tarazi OLY.

    Majlis Makan Malam telah dihoskan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara.

    Seminar Kesaksamaan Jantina OCA ke-2 di Negara Brunei Darussalam diadakan selama dua hari pada 14 dan 15 April, yang mana seramai 88 peserta daripada 43 NOC, 19 penceramah terdiri daripada pelbagai organisasi ternama, termasuk IOC, UN Women, Oceania IOC dan International Working Group (IWG) serta 10 orang tetamu daripada OCA, termasuk ahli-ahli Lembaga Eksekutif Kehormat OCA dan ahli-ahli OCA Gender Equity Committee telah menghadiri perhimpunan penting tersebut.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam di Royal Berkshire Hall, Tarindak d’Polo, Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong, semalam. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Majlis Makan Malam tersebut turut diserikan dengan tarian tradisional. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda