Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat ke Majlis Perhimpunan Khas Wanita

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah berkenan berangkat ke Majlis Perhimpunan Khas Wanita sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi tahun 1445 Hijrah di Royal Berkshire Hall, Jerudong, hari ini.

    Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

    Majlis telah diserikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Naib Johan Qariah, Musabaqah Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1444 Hijrah, Dr Siti Wardah binti Mejar (B) Haji Abd Rahman.

    Majlis diteruskan dengan persembahan dikir oleh pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam.

    Tazkirah khas bertajuk  ‘Sunnah Dihayati, Hidup Diberkati’ disampaikan oleh Penolong Profesof, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Ummi Faizah binti Haji Abd Rahman.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Majlis Perhimpunan Khas Wanita yang berlangsung di Royal Berkshire Hall, Jerudong, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Jumaat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda